Daftar email anda untuk Diskusi umum

Kumpulan Google
Langgan untuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
E-mel:
Lawati kumpulan ini

LOKASI PEJABAT SEKRETARIAT PERKASA W.P (yang bertanda anak panah - gerakan peta dengan mouse)

Selasa, 5 Oktober 2010

KENYATAAN AZMIN BERMOTIF POLITIK

Kenyataan Azmin Ali yang menyerang PERKASA hanyalah bersifat retorik dan bermotif Politik semata-mata. Sebagai seorang Melayu dan calon No 2 dalam merebut jawatan tertinggi parti sekarang ini, kenyataan sedemikian sememangnyalah dinanti-nantikan oleh pengundi yang bakal mengundi dalam Pemilihan Parti Keadilan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kenyataan sedemikian sudah barang pasti menarik minat pengundi khususnya dikalangan kaum India dan Cina dalam parti tersebut. Ini kerana beliau sendiri sedar bahawa PERKASA sememangnya berjuang untuk mempertahankan hak peribumi seperti mana termaktub dalam perlembagaan Negara.

Dengan menyerang PERKASA, beliau merasakan bahawa beliau adalah lebih liberal berbanding calon lain yang dilihat dapat diterima oleh dua kaum yang dimaksudkan. Hanya dengan cara politik murahan itu sahajalah, beliau fikir persepsi mereka yang kurang menyokong dapat diminimakan.

Saya harap beliau usahlah nak bersendiwara lagi tetapi berpijaklah diatas kebenaran bahawa Pertubuhan PERKASA adalah hanya sebuah NGO yang didukungi sama oleh perbagai ideologi politik ahlinya yang terdiri daripada orang Parti Keadilan juga. Kerana tercabar dengan isu yang dibawa oleh PERKASA sejak kebelakangan ini , maka PERAKASA pula yang diserang.

MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Setiausaha
PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN


1253-1-10, Capital Industy Centre, Batu 6 ¾,
57100 Jalan Sg. Besi, Kuala Lumpur
Tel: 03-90594880 /90593745 Fax: 03-90594785
H/P: 019-2764133
Email: mzha@hotmail.com
http://perkasawp.blogspot.com

Selasa, 28 September 2010

JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2010

Semua yang berkelapangan adalah dijemput untuk bersama ke Majlis Sambutan Hari Raya  Aidil Fitri 
anjuran Perkasa Wilayah Persekutuan

1 Oktober 2010 (Jumaat ini) 
di Dewan Serbaguna DBKL 
(depan HUKM Bandar Tun Razak)  
bermula Jam 8malam sehingga 11 Malam.

Keterangan Lanjut: 
Hubungi Setiausaha Perkasa Negeri
En. Zainuddin di 019-2764133

Rabu, 8 September 2010








SELURUH BARISAN KEPIMPINAN
 PERTUBUHAN PERIBUMI PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
MENGUCAPKAN SALAM AIDIL FITRI,
SALAM PERJUANGAN
DAN
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
KEPADA SELURUH AHLI-AHLI PERKASA DAN SELURUH UMAT MELAYU.

Isnin, 16 Ogos 2010

Dakwaan kontraktor Bumiputera 'alibabakan' projek tidak berasas


KUALA LUMPUR- Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa kontraktor kelas F Bumiputera 'mengalibabakan' projek yang diterima kepada pihak ketiga sebagai tidak berasas.


Presidennya Datuk Mokthar Samad berkata, sekiranya berlaku tindakan sedemikian, persatuan tidak berkompromi membuat syor kepada Pusat Khidmat Kontraktor agar menggantung lesen kontraktor terbabit.

“Kini kita ada 28 000 orang kontraktor kelas F. Jika benar apa yang dikatakan saya mahu beliau kemukakan bukti berapa ramai kontraktor kelas F yang 'mengalibabakan' projek yang diterima khususnya kepada kaum Cina.

“Kami tidak akan kompromi hal-hal begini, jika sememangnya ada pihak persatuan akan mengesyorkan kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantung lesen mereka,” katanya.

Terdahulu, Presiden MCA pada Kongres Ekonomi Cina baru-baru ini meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara Bumiputera dan bukan Bumiputera mencapai matlamat.

Soi Lek dilaporkan berkata, terdapat banyak kes terutama kontraktor kelas F Bumiputera ‘mengalibabakan’ projek kepada pihak lain dan kerajaan seharusnya mengagihkan projek kepada kontraktor yang lebih layak berdasarkan rekod dan prestasi tanpa mengira kaum.


‘Jangan persoal kuota bumiputera ’

‘KENYATAAN DATO' MOKHTAR SAMAD

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mempersoalkan sistem kuota untuk usahawan bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE) mendapat pelbagai reaksi daripada pertubuhan Melayu dan bumiputera.

Bagi mereka, kenyataan itu mencetuskan kemarahan di kalangan usahawan bumiputera tempatan yang menyifatkannya sebagai modal politik murahan pemimpin tersebut untuk menarik sokongan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Soi Lek itu langsung tidak membantu ke arah pembangunan usahawan bumiputera malah boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara.

Sebagai seorang pemimpin berpengalaman, katanya, Soi Lek perlu menyedari hakikat bahawa peluang ekonomi sewajarnya harus diberikan kepada kaum majoriti bagi memastikan sesebuah negara berupaya mengalami pertumbuhan seimbang.

“Jadi, perkara mengenai hak atau peluang ekonomi sesebuah kaum perlu dianalisis secara holistik kerana semua negara di dunia mementingkan kesejahteraan ekonomi kaum majoriti.

“Saya lihat kenyataan yang dibuat Soi Lek tempoh hari langsung tidak membantu usaha pembangunan ekonomi Malaysia dan perpaduan di kalangan rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khairy mengulas kenyataan Soi Lek pada Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA di ibu negara kelmarin yang mahu kerajaan mementingkan sistem merit berbanding kuota bagi memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamat.

Pada majlis itu juga, Soi Lek mendakwa kontraktor Kelas F bumiputera kebanyakannya terus mendapat peluang berniaga sekalipun kurang layak dan kumpulan itu juga sering mengalibabakan projek yang diterima kepada kontraktor lain.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad pula berkata, cadangan Soi Lek supaya kerajaan menggantikan sistem kuota kepada merit kononnya bagi mewujudkan perkongsian tulen di kalangan bumiputera dengan bukan bumiputera adalah salah dan mengelirukan.

“Soi Lek perlu terlebih dahulu menasihatkan para kontraktor Cina supaya ikhlas dan tulen mencari rakan kongsi bumiputera, bukannya menekan kerajaan supaya mengubah apa yang telah dipersetujui selama ini (sistem kuota).

“Apa ikhlas dan tulennya kontraktor Cina apabila melantik para pengerusi syarikat mereka di kalangan Melayu iaitu bekas pegawai tinggi kerajaan atau bekas menteri? Adakah cukup sekadar memakai nama mereka, sedarkah Soi Lek mengenai ketidakikhlasan ini?" tegasnya.

Beliau seterusnya mencabar Soi Lek supaya mengemukakan statistik kontraktor bumiputera yang mengalibabakan projek mereka serta jumlah perkongsian tulen perniagaan antara usahawan Cina dan bumiputera, tanpa mengambil kira perkongsian melibatkan permit dan lantikan ‘pengerusi tidur.’

“Kami ada 29,000 kontraktor Kelas F bumiputera di seluruh negara. Jadi setelah Soi Lek kemukakan bukti (ali baba) itu nanti, saya akan minta Pusat Khidmat Kontraktor teliti pula senarai yang ada pada Soi Lek dan mengambil tindakan sewajarnya,” tegas beliau.

Kenyataan Media berhubung Majlis Pelancaran Penubuhan

Pada 18 Ogos 2009, PERKASA Wilayah Persekutuan akan dengan rasminya ditubuhkan selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh PERKASA diperingkat kebangsaan. Meski pun penubuhannya diperingkat negeri Wilayah Persekutuan hanya sekarang dapat direalisasikan berbanding dengan beberapa negeri lain yang telah menubuhkannya sebelum ini, peranan dan fungsi PERKASA di Ibu Negara ini tetap relevan pada bila-bila masa.

Majlis akan dilancarkan oleh YB Presiden sendiri dan dijangka akan dihadiri oleh semua ahli serta kepimpinan PERKASA diperingkat Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berteraskan perjuangan untuk mempertahankan kepentingan bangsa dan jatidiri Peribumi Negara tercinta, PERKASA Wilayah Persekutuan akan tetap konsisten membicarakan isu-isu berkaitannya dari masa kesemasa. Dalam senario politik yang begitu bercelaru lagi prakmatik ini, nasib peribumi dalam menonggak arus pembangunan dan kemajuan dalam era glabalisasi dan penuh persaingan ini wajib dipertahankan. Ini termasuklah semua perkara yang telah ditetapkan dalam perlembagaan mengenai hak serta keistimewaan yang melibatkan Bangsa, Bahasa, Agama dan Raja.

PERKASA Wilayah Persekutuan menerusi wakil disemua peringkat Parlimen yang bakal diujudkan akan menjadi kumpulan pendesak dalam memperjuangkan semua isu yang berkaitan, samada datangnya dari organisasi politik, swasta mahupun kerajaan jika ianya melibatkan kepentingan warga peribumi Negara secara khususnya.

Kepada semua wakil Media Cetak & Elektronik, tuan/puan adalah dengan ini dijemput hadir dan seterusnya membuat liputan.



Dato’Hj Mokhtar Samad DSSA,AMN,PMC,PJK(JP)
Ketua
PERKASA Wilayah Persekutuan

LATAR BELAKANG



Penubuhan PERKASA diperingkat kebangsaan telah ditubuhkan pada 12 September 2008 yang lalu. Perancangan untuk melebarkan keanggotaan serta struktur Negeri sehingga ke Parlimen pula telah diilhamkan secara kolektif diperingkat kebangsaan agar matlamat asal dan objektif penubuhannya dapat terus diperjuangkan sehingga keperingkat akar umbi.
Buat masa ini, hanya Labuan sahaja masih belum diujudkan Jawatankuasa peringkat Parlimennya. Selain daripada itu semua Parlimen didalam Kuala lumpu dan Putrajaya telah pun dilantik Ketua masing-masing. Keahlian pula akan mula dibuka secara rasmi selepas perlancaran ini nanti